Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: TVS.

Operasi Tapis Khas Siri 1: Lebih RM2 juta nilai dadah berjaya dirampas

KUCHING, 20 Jan: Polis Sarawak merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM2 juta menerusi Operasi Tapis Khas Siri 1 yang dilaksanakan bagi membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di seluruh negeri.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri berkata hasil serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) mendapati Daerah Miri mencatatkan hasil rampasan nilai dadah tertinggi setakat ini.

“Rampasan dadah bernilai RM2,022,000 telah dirampas sepanjang operasi ini merangkumi Miri dengan nilai RM1.9 juta diikuti Kuching bernilai RM9,000 dan Bintulu (RM4,000) serta diikuti oleh daerah-daerah lain,” katanya pada sidang media Operasi Tapis Khas Siri 1/2023 di Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak Jalan Badaruddin Kuching hari ini.

Beliau mendedahkan operasi selama tiga hari itu telah berjaya menangkap sebanyak 328 orang penagih dadah yang melibatkan 316 lelaki dan 12 perempuan melalui 20 serbuan dan 385 pemeriksaan di negeri ini.

“Hasil serbuan dan pemeriksaan tersebut, seramai 328 orang iaitu 316 orang lelaki dan 12 orang perempuan yang berusia antara 17 hingga 65 tahun telah ditangkap di atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya.

Difahamkan sepanjang tempoh 1 hingga 19 Januari 2023, JSJN Sarawak merekodkan sebanyak 837 orang ditangkap berbanding 443 dalam tempoh yang sama pada tahun 2022, iaitu peningkatan 89 peratus atau 394 orang.

Tegas beliau, Polis Diraja Malaysia khususnya JSJN sentiasa komited membanteras habis-habisan kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di seluruh negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan