Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tinjauan TVS melihatkan orang ramai yang tidak melepaskan peluang untuk datang ke Pasar Kenyalang untuk mendapatkan barang persiapan yang diperlukan. Foto: Zaim Zharfan

Bazar Tahun Baharu Cina Kenyalang Park, buka pintu rezeki peniaga

KUCHING, 20 Jan: Kemeriahan sambutan Tahun baharu Cina di bandar raya ini jelas terpancar terutamanya di Pasar Kenyalang Park yang menjadi tumpuan orang ramai serta membuka pintu rezeki para peniaga di sini.

Dapat disaksikan Bazar Tahun Baharu Cina di sini dibanjiri para pengunjung yang terdiri daripada berbilang bangsa untuk membeli kelengkapan dan juadah perayaan.

Tinjauan TVS di lokasi menemui rata-rata para peniaga menarik nafas lega sambil mengakui hasil jualan perayaan sempena Tahun Arnab ini berpihak kepada mereka.

Perkara itu diakui oleh penyelia sebuah kedai biskut, Louis Hoon, yang menyatakan hasil jualannya tahun ini lebih baik berbanding tahun lepas walaupun menghadapi krisis kenaikan harga barang.

“Jualan saya kali ini adalah lebih baik kerana terdapat banyak orang berkunjung ke sini (Kenyalang)”.

“Cabaran yang dihadapi ialah kenaikan harga semua barang, khususnya bahan mentah dan kami cuba sehabis baik untuk meminimakan kos tambahan”, katanya.

Selain itu, juadah terkenal semasa Tahun Baharu Cina, Bak Kwa turut mendapat sambutan hangat dan dijual dalam pelbagai bentuk termasuk sebagai bungkusan hadiah mengikut pilihan pembeli.

“Ia boleh dijadikan sebagai hadiah semepena Tahun Baharu Cina ini memandangkan saiznya yang kecil, memudahkan orang ramai kerana sajian ini sudah dibungkuskan serta boleh dibeli dengan harga yang lebih murah berbanding saiz biasa”.

“Sebagai orang Kuching, anda perlu berkunjung ke sini (bazar) untuk merasai suasana Tahun Baharu Cina,” ujar Kho Ghee Beng, pemilik gerai Bak Kwa.

Selain juadah perayaan, peniaga menjual alas kaki, Jessy Gan, berhasrat mahu berniaga di bazar berkenaan pada sambutan akan datang.

“Sekiranya tahun depan bazar ini dianjurkan lagi, saya ingin menyertai sekali lagi kerana saya boleh bertemu dengan rakan-rakan di sini sambil memperkenalkan barang jualan baharu mengikut kalendar zodiak Cina”, katanya.

Sementara itu, keunikan bazar berkenaan turut memperlihatkan penyertaan dalam kalangan peniaga bukan berbangsa Cina seperti pemilik gerai kek lapis, Anis Haslina yang sudah berniaga di bazar berkenaan sejak lebih 10 tahun lalu.

“Harga yang saya kenakan dari dulu tetap sama hingga sekarang, tiada kenaikan harga kerana saya hendak menarik perhatian pelanggan”.

“Walaupun sambutan jualan tahun ini agak berkurangan sedikit, namun saya mengamalkan amalan bersedekah sambil berniaga,” katanya.

Bazar Tahun Baharu Cina itu mengisi kalendar acara tahunan Kenyalang  Park di Kuching berlangsung dari 6 Januari dan berakhir hari ini,  21 Januari. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan