Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Jamuan Negeri di Kuching pada Khamis. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Anwar puji Sarawak teroka ekonomi hijau dan hidrogen

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 20 Jan: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai pemimpin yang berupaya memajukan Sarawak.

Menurutnya, keupayaan itu diukur menerusi dasar ekonomi hijau dan hidrogen diperkenalkan Abang Johari yang seiring dengan perkembangan dunia pada masa kini.

“Saya masih ingat 10 tahun lalu pernah dibangkitkan oleh seorang pakar tentang kekuatan hidrogen sebagai sumber kekuatan tenaga baru.

Baca artikel berkaitan sini:

  1. 1. Tuntutan MA63 mesti diselesaikan segera, bersungguh-sungguh – Anwar
  2. 2. Abang Johari yakin keupayaan Anwar angkat martabat Malaysia

“Apabila saya datang ke Sarawak saya telah diberi perincian mengenai perkara itu oleh Abang Johari tentang kejayaan dan apa langkah Sarawak mengenai hidrogen.

“Saya tabik hormat kepada Abang Johari kerana telah memikirkan perkara ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Negeri bersama Perdana Menteri di sini pada Khamis malam.

Abang Johari sebelum ini berkata, Sarawak bersedia untuk menjadi pengeluar hidrogen komersil menjelang 2027 yang bakal membuka lembaran baru ekonomi demi kesejahteraan rakyat.

Dalam pada itu, Anwar yang kini berada di Kuching bagi lawatan kerja selama dua hari bermula Khamis berkata Semenanjung dan Sabah wajar menjadikan Sarawak sebagai contoh terbaik perpaduan.

Menurutnya, meskipun Sarawak mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama, sikap hormat-menghormati dan toleransi tinggi menjadi pemangkin utama dalam perpaduan. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan