Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lori yang ditahan dalam operasi yang dilakukan oleh Pasukan Polis Marin Wilayah Lima di Sarikei, semalam. Foto: PPW5

Polis Marin tumpaskan cubaan seleweng minyak Diesel bersubsidi

SARIKEI, 19 Jan: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Sarawak menahan seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak Diesel subsidi dalam satu operasi di sini, semalam.

Kenyataan PPM mendedahkan hasil pemeriksaan yang dilakukan Unit Risikan Marin (URM), suspek yang memandu sebuah lori didapati mempunyai sebuah tangki berkapasiti 5,000 liter disyaki telah diubah suai tanpa kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selain berisi minyak Diesel kira-kira 2,000 liter.

Ketika diperiksa, pemandu gagal mengemukakan sebarang bukti berdokumen sah mengenai kebenaran untuk memiliki, menyimpan, membawa barang kawalan tanpa permit, lesen dan kebenaran khas dari pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN).

Semua barang rampasan dan tangkapan diserah dan dirujuk kepada Pegawai Penyiasat KPDN Sarikei untuk tujuan siasatan dan tindakan selanjutnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan