Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Professor Dr Shahren Ahmad Zaidi Adruce bergambar bersama pelajar pengambilan Januari 2023 semasa Majlis Ikrar Pelajar Kolej Universiti i-CATS di Dewan Serbaguna Tan Sri Aziz semalam. Foto: TVS

Kolej Universiti i-CATS komited lahir pelajar terbaik

KUCHING, 19 Jan: Kolej Universiti i-CATS (i-CATS UC) akan sentiasa berusaha untuk melahirkan pelajar terbaik dan cemerlang dalam akademik.

Naib Canselor Kolej Universiti i-CATS, Professor Dr Shahren Ahmad Zaidi Adruce optimis pihaknya akan sentiasa memastikan pelajar mereka menjadi contoh terbaik dari segi kemahiran mahupun bidang pelajaran.

“Kita juga akan mendedahkan pelajar kita mengenai penglibatan aktiviti komuniti bagi memahami serta menghulurkan bantuan kepada komuniti di luar sana,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Ikrar Pelajar Kolej Universiti i-CATS di Dewan Serbaguna Tan Sri Aziz semalam.

Tambah beliau lagi, institut pengajian i-CATS membuka peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi mengikut minat dan pilihan masing-masing.

“Di Kolej Universiti i-CATS, kita tidak akan memberi pelajar memasuki program yang bukan pilihan mereka. Kita akan memberi pilihan program pertama yang dimohon pelajar tersebut,” katanya lagi.

Majlis ikrar tersebut melibatkan seramai 64 pelajar pengambilan Januari 2023 dan lafaz ikrar telah diketuai oleh seorang wakil pelajar.

Untuk rekod, Kolej Universiti i-CATS menawarkan pelbagai program akademik di peringkat asasi, diploma dan ijazah sarjana muda merangkumi pelbagai bidang disiplin seperti perakaunan dan perniagaan, agroteknologi, kejuruteraan, hospitaliti dan pelancongan, pengurusan perladangan dan kejuruteraan perisian.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan