Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian bersama Datuk Bandar Kuching Selatan Dato Wee Hong Seng menunjukkan pemakluman Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2023 yang akan diadakan pada 23 Januari ini di Dewan Masyarakat MBKS. Foto: TVS

Kolaboratif Sarawak-China, perkukuh hubungan dua hala

KUCHING, 19 Jan: Kerajaan Sarawak sedia jalin kolaboratif dalam pelbagai bidang dengan China untuk memperkasakan hubungan dua hala.

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian menyifatkan pembukaan sempadan antarabangsa akan terus memperkukuhkan hubungan Sarawak dengan Republik itu menerusi beberapa bentuk usaha sama terutama dalam sektor ekonomi.

Menurut beliau kerajaan Sarawak menghargai hubungan yang telah terjalin sebelum ini dan akan terus memperkukuhkan kerjasama dua hala demi manfaat bersama.

Baca artikel berkaitan sini:

  1. 1. Tugu kucing putih di Padungan, simbol perpaduan Sarawak
  2. 2. MBKS terbuka dengar cadangan warga Kuching

“Terima kasih kepada Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kuching, Xing Weiping kerana menyertai kami, ia merupakan salah satu tanda yang mempamerkan kami menghargai hubungan dua hala antara China dan Sarawak”.

“Terutamanya mengenai pembukaan sempadan antarabangsa, kami akan terus menantikan kerjasama baharu menerusi pertukaran, perdagangan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan acara pencahayaan tugu kucing putih di Jalan Padungan di Kuching pada Rabu.

Dalam perkembangan lain, Weiping yang ditemui memberitahu bahawa pihaknya bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Sarawak dalam semua aspek pembangunan ekonomi untuk masa akan datang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan