Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto: Bernama

Kerajaan akan struktur semula ekonomi berlandaskan tiga keutamaan strategik – PM Anwar

ByBernama

PUTRAJAYA, 19 Jan: Kerajaan akan menstruktur semula ekonomi negara berlandaskan kepada tiga keutamaan strategik iaitu membasmi kemiskinan, penstrukturan semula ekonomi dan memulih serta menjana ekonomi berteraskan konsep Malaysia MADANI.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertumbuhan dan pengembangan ekonomi negara perlu dicapai dalam konteks yang lebih luas iaitu ekonomi manusiawi yang mengutamakan keperluan rakyat.

Baca berita berkaitan:

  1. 1. Anwar beri jaminan Kerajaan Perpaduan tidak pinggir Sabah, Sarawak
  2. 2. Malaysia Madani angkat semula martabat negara – Anwar

“Khususnya kepada golongan miskin dan terpinggir serta membebaskan mereka daripada cengkaman kemiskinan dalam sistem kapitalisme yang tidak terkawal yang memupuk ketidaksamaan kekayaan dan ketidaksamaan taraf hidup,” katanya ketika menyampaikan amanat sempena Wacana Membangun Malaysia Madani, di sini, hari ini.

Wahana utama yang menjadi teras Malaysia Madani akan bertunjangkan kepada empat Teras Strategik Utama iaitu Membina Semula Ekonomi, Menjamin Kesejahteraan Insan, Reformasi Institusi Demokrasi dan Perundangan serta Mewujudkan Pentadbiran Beramanah.

Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Anwar merangka konsep MADANI sebagai ikhtiar untuk memetakan strategi bagi mentadbir negara dengan berkesan, sekali gus mengoptimumkan fungsi jentera kerajaan yang bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar berkaitan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan