Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang guru maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Tunku Abdul Rahman, Sibu, hari ini. Foto: TVS

Guru maut, kereta terjunam dalam parit

SIBU, 19 Jan: Seorang guru maut manakala isterinya terselamat apabila kereta dinaiki mereka terjunam dan terbalik ke dalam parit selepas terbabas di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibujaya, Pegawai Bomba Tinggi II, Salim Hussain berkata, dua mangsa dikeluarkan orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kemalangan.

Pemandu lelaki didapati tidak sedarkan diri dan kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Umum Sibu untuk tindakan lanjut. Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.21 pagi, katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili mengesahkan pihaknya telah menerima satu laporan mengenai kemalangan berkenaan.

Katanya, pemandu kereta tersebut berusia 45 tahun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Sibu manakala isterinya terselamat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan