Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Pelancaran Program Wacana Membangun Malaysia Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini. Turut kelihatan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. Foto: Bernama

Anwar beri jaminan Kerajaan Perpaduan tidak pinggir Sabah, Sarawak

ByBernama

PUTRAJAYA, 19 Jan: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinannya tidak akan meminggirkan masyarakat minoriti di negara ini termasuk mereka di Sabah dan Sarawak.

Sehubungan itu, Anwar telah meminta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof untuk mengetuai pasukan bagi menyelesaikan sebarang masalah yang sebelum ini mengguris perasaan rakyat di Sabah dan Sarawak.

“Kita harus juga sedar ada masyarkat minoriti di negara kita sama ada Cina dan India yang merasakan ada pendekatan untuk meminggirkan mereka atau merendahkan mereka.

Baca berita berkaitan:

  1. 1. Anwar beri jaminan Kerajaan Perpaduan tidak pinggir Sabah, Sarawak
  2. 2. Malaysia Madani angkat semula martabat negara – Anwar
  3. 3. Kerajaan akan struktur semula ekonomi berlandaskan tiga keutamaan strategik – PM Anwar

“Saya ingin beri jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan tidak akan mengizinkan dasar ini berlaku lebih-lebih lagi di Sabah dan Sarawak,” kata beliau ketika menyampaikan amanat ‘Membangun Malaysia Madani’ di sini hari.

Anwar berkata Fadillah telah diberi ruang sepenuhnya untuk menyelesaikan semua perkara tertunggak berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bagi memastikan nasib rakyat di Sabah dan Sarawak terbela.

Beliau berkata perjanjian itu telah dimeterai oleh pemimpin terdahulu maka ia menjadi tanggungjawab kerajaan kini untuk melaksanakan apa yang telah dijanjikan.

“Mana mungkin setelah 60 tahun, kita tak boleh beri dia hak untuk memutuskan dan melaksanakan projek RM10 juta dengan sendiri, maka sebab itu kita luluskan,” kata beliau dan menambah bahawa mesyuarat MA63 akan diadakan di Kuching, Sarawak esok dengan sebahagian besar perkara akan diselesaikan.

Anwar juga menegaskan bahawa kerajaan bertanggungjawab untuk tidak membiarkan mana-mana golongan atau kaum di negara ini dibelenggu kemiskinan serta terpinggir daripada arus pembangunan.

Usaha tersebut tidak sepatutnya bergantung kepada pemberian sumbangan semata-mata, sebaliknya kerajaan perlu menggunakan pendekatan yang mampu membebaskan mereka daripada kemiskinan, kata beliau.

“Tanggungjawab kita ialah berikhtiar sedaya upaya kita untuk menyelamatkan mereka, membebaskan mereka daripada belenggu kemiskinan.

“Saya gunakan istilah membebaskan kerana membebaskan itu tidak bermakna memberikan bantuan supaya mereka akan terus bergantung kepada sumbangan kerajaan yang disebut sindrom kebergantungan, selama-lamanya akan bergantung dan mereka tidak dibebaskan.

“Pendekatan kita harus membebaskan mereka daripada belenggu ini supaya mereka betul-betul hirup udara merdeka di Malaysia ini,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan