Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Satok Datuk Ibrahim Baki (duduk,enam kiri) merakam gambar bersama pelajar serta Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) Sekolah Menengah Chung Hua No. 4 ketika menghadiri Program Pengagihan Bantuan Tahun Baharu Cina Kepada Keluarga Miskin di DUN Satok, Kuching. Foto: TVS

Program pendidikan di DUN Satok diperkasa

KUCHING, 18 Jan: Program memperkasa bidang pendidikan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok menjadi antara perkara yang diberikan perhatian dalam melengkapi golongan muda dengan pendidikan tinggi yang berkualiti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki berkata, antara inisiatif berkenaan adalah pemberian sumbangan wang pendidikan kepada pelajar-pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam, Swasta dan Institut Kemahiran.

Katanya, bantuan pendidikan itu merupakan inisiatif Pusat Khidmat DUN Satok bagi mengurangkan bebanan kewangan dihadapi pelajar khususnya golongan B40 dan M40 memulakan semester pertama mereka di IPT terlibat.

“Apabila mendapat tawaran masuk ke universiti kita sering mempunyai masalah kerana perlu membayar yuran pendaftaran, membeli tiket penerbangan ke Kuala Lumpur dan sebagainya.

“Sementara biasiswa pula, ia hanya diproses apabila pelajar-pelajar ini sudah mendaftar di universiti yang menawarkan tempat pengajian untuk mereka dan ini pastinya menimbulkan masalah kepada mereka untuk memulakan semester pertama mereka kerana ketiadaan duit poket selain kesukaran ibu bapa mereka untuk mendapatkan belanja bagi menampung kos pengajian semester pertama tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program pengagihan bantuan Tahun Baharu Cina Kepada Keluarga Miskin di DUN Satok, di sini.

Menurutnya, inisiatif pemberian sumbangan wang pendidikan tersebut telah dilaksanakan sejak Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjadi wakil rakyat di DUN Satok lagi dan beliau meneruskan inisiatif tersebut bagi manfaat penduduk Satok.

Ini kerana beliau percaya, dengan meperkasakan pendidikan golongan muda di Satok ia secara tidak langsung membantu dalam mengubah nasib dan taraf sosio-ekonomi pelajar terlibat.

“Untuk itu kita memperuntukkan sejumlah dana yang boleh kita gunakan untuk membantu pelajar-pelajar ini memulakan semester pertama mereka di IPT,” katanya.

Terdahulu, Ibrahim meyerahkan sumbangan Tahun Baharu Cina kepada 32 pelajar Sekolah Menengah Chung Hua No. 4. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan