Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot pada Pelancaran Op Selamat ke-19 Tahun Baharu Cina Daerah Limbang, di Jalan Kubu Limbang hari ini. Foto: TVS

Op Selamat Tahun Baharu Cina di Limbang sasar sifar kemalangan

LIMBANG, 18 Jan: Op Selamat Tahun Baharu Cina di Limbang menyasarkan sifar kemalangan dengan melaksanakan rondaan yang tertumpu di kawasan panas.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot berkata Kempen Op Selamat ke -19 tersebut bermula hari ini hingga 27 Januari kelak.

Menurutnya kempen tersebut akan melibatkan kekuatan seorang pegawai dan 10 anggota trafik untuk menjalankan rondaan sebagai kawalan kemalangan.

Parum menambah rondaan akan tertumpu kepada tiga kawasan panas yang kerap berlaku kemalangan di Daerah Limbang iaitu di Jalan Medamit, Jalan Kubu dan Jalan Buangsiol.

“Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Limbang akan berkolaboratif bersama jabatan lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membuat rondaan dan tumpuan kepada tiga kawasan panas di daerah ini,” katanya pada Pelancaran Op Selamat ke-19 Sempena Tahun Baharu Cina Daerah Limbang, di Jalan Kubu Limbang, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menasihati pengguna jalan raya agar memandu dengan berhemah serta berhati-hati dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

Sementara bagi pejalan kaki beliau meminta mereka menggunakan jejantas sekiranya ingin melintas jalan demi keselamatan semua pihak di lokasi.

“Memandu dengan berhati-hati, periksa keadaan kenderaan fizikal kenderaan sebelum memulakan perjalanan, rancang perjalanan dan patuhi tahap had laju yang dtetapkan terutamanya pada musim perayaan kali ini,” tegasnya.

Mendedah lanjut, Parum memberitahu daerah berkenaan merekodkan enam kes kemalangan maut dengan sembilan kematian sepanjang tahun 2022.

Beliau memberitahu rekod berkenaan merangkumi empat kemalangan melibatkan mangsa parah, sembilan kemalangan (mangsa cedera ringan) selain 132 kes membabitkan kemalangan yang mengakibatkan kerosakan turut dicatatkan tahun lepas.

“Secara keseluruhan sepanjang tahun lepas, jumlah kemalangan dicatatkan ialah 151 kes daripada jumlah itu, enam kes adalah kes kemalangan maut, melibatkan sembilan kematian serta kemalangan parah (empat kes) dan sembilan kemalangan ringan dan kemalangan melibatkan kerosakan sebanyak 132 kes dilaporkan,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 300 saguhati dan risalah Op Selamat ke-19 telah diagihkan kepada pengguna jalan raya di sini, hari ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan