Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berucap pada Majlis Perasmian Sesi Townhall Perkhidmatan Kanak-Kanak (Pemeliharaan dan Perlindungan) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 2023 hari ini. Foto: Bernama

OKU bakal nikmati pengangkutan awam percuma – Nancy

ByBernama

PUTRAJAYA, 18 Jan: Orang kurang upaya (OKU) bakal menikmati perkhidmatan pengangkutan awam secara percuma, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata perkara itu telah dipersetujui Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, namun mekanisme perlaksanaan pemberian tambang percuma untuk golongan itu perlu diteliti.

Menurutnya ketika ini OKU diberi diskaun 50 peratus bagi tambang pengangkutan awam, tetapi tidak ramai daripada golongan itu yang menikmati manfaat tersebut.

“Saya telah bercakap dengan Yang Berhormat Menteri (Loke) berhubung perkara itu dan secara prinsip beliau telah bersetuju dengan cadangan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sesi dialog awam Perkhidmatan Kanak-Kanak (Pemeliharaan dan Perlindungan) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di sini hari ini.

Nancy berkata tarikh pelaksanaan tambang percuma tersebut bergantung kepada pihak Kementerian Pengangkutan.

Nancy menerusi ciapan di Twitter beliau memaklumkan telah berbincang dengan Loke semasa mesyuarat Kabinet hari ini mengenai kemudahan tambang percuma kepada OKU yang menggunakan pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan bas henti-henti. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan