Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Sri Dr Sim Kui Hian dan Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penduduk Flat KMC di sini. Foto: TVS

MBKS kongsi kemeriahan Tahun Baharu Cina bersama komuniti Flat KMC

KUCHING, 18 Jan: Berkongsi kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba pada hujung minggu ini, Program Komuniti Penyayang anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menyantuni komuniti di Flat Majlis Perbandaran Kuching (KMC) di Padungan, di sini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Sri Dr Sim Kui Hian berkata program berkenan bertujuan untuk membantu penduduk setempat yang kurang berkemampuan tanpa mengira agama dan bangsa agar mereka dapat menikmati perayaan bersama keluarga masing-masing.

“Di Sarawak, kita amat bertuah kerana terdapat banyak program sumbangan untuk komuniti yang diadakan pada setiap perayaan. Kita sentiasa berusaha berkongsi kegembiraan dengan masyarakat yang kurang bernasib baik supaya rakyat dapat menyambut perayaan bersama-sama”.

“Kita juga terus memberi sokongan yang positif kepada semua agar kita tidak mempunyai isu tentang kaum, agama, perpecahan dan sebagainya,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada penduduk di Dewan Serbaguna Flat KMC, Padungan di sini, hari ini.

Sementara itu, Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng berkata program berkenaan merupakan salah satu tanda prihatin pihak MBKS kepada komuniti Flat KMC sekali gus menjalinkan hubungan erat dengan masyarakat di kawasan kejiranan setempat.

“MBKS berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang dan kita juga mahu orang ramai merasakan bahawa kerajaan mengambil berat terhadap keperluan rakyat kerana kita tidak berkhidmat untuk kumpulan tertentu sahaja namun merangkumi semua pihak memandangkan mereka merupakan pengundi dan mereka adalah rakyat Sarawak,” tegasnya.

Justeru itu, beliau merayu kepada mereka yang ingin menderma untuk turut serta bagi menghulurkan bantuan kepada golongan yang tidak bekemampuan.

Terdahulu, seramai 535 orang penduduk menerima sumbangan tersebut yang merupakan program tahunan bagi penduduk Flat KMC di sini.

Hadir sama Timbalan Datuk Bandar MBKS, Hilmy Othman.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan