Search
Close this search box.
Lukanisman Awang Sauni dan Dr Hazland Abang Hipni ketika lawatan rasmi ke Klinik Kesihatan Bako di Kuching, hari ini. Foto: TVS

KKM rancang klinik luar bandar dilengkapi Internet satelit

ByMadeline Dugat

KUCHING, 16 Jan: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merancang untuk melengkapkan klinik-klinik luar bandar di Sarawak dengan Internet satelit.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata langkah itu bertujuan membolehkan petugas kesihatan menyampaikan perkhidmatan secara maya atau talian video bagi membuat diagnosis terhadap pesakit.

Bagi merealisasikannya, KKM akan berbincang dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

“KKM telah menerima kertas kerja daripada pihak Jabatan Kesihatan Negeri kerana kita melihat perkhidmatan talian Internet berasaskan satelit perlu disediakan di klinik kawasan luar bandar,” katanya semasa Lawatan Rasmi ke Klinik Kesihatan Bako di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Ooi Choo Huck.

Lukanisman berkata lagi, kementeriannya juga akan memberi perhatian terhadap klinik-klinik daif di seluruh Malaysia termasuk di Sarawak.

“Kita akan menyelesaikan beberapa keperluan asas terutama sekali kerosakan di klinik kesihatan dan berharap agar pembentangan bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat memberi tumpuan khusus kepada klinik-klinik daif,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan