Search
Close this search box.
Dua kematian akibat COVID-19 direkodkan di Bahagaian Sibu bagi tempoh seminggu lepas. Foto: Madeline Dugat (TVS)

COVID-19: Dua kematian direkodkan di Sibu

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 16 Jan: Dua kematian akibat COVID-19 direkodkan di Bahagaian Sibu bagi tempoh seminggu lepas.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumkan, bagi tempoh berkenaan juga kes baharu COVID-19 sebanyak 216 kes.

“Daripada keseluruhan kes baharu, sebanyak 211 kes dalam kategori satu dan dua, manakala lima kes dalam kategori tiga empat dan lima,” jelas JPBNS dalam kenyataan hari ini.

Jumlah itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di Sarawak meningkat sebanyak 324,087 kes sejak pandemik COVID-19 melanda negara.

Sementara itu, Kuching terus mencatat peningkatan kes baharu COVID-19 sebanyak 78 kes diikuti dengan daerah Sibu sebanyak 26 kes dan daerah Miri sebanyak 23 kes.

Dalam tempoh berkenaan juga, daerah Sebauh, Lawas dan Tebedu tidak mencatatkan sebarang kes baharu COVID-19. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan