Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
R’Bonney Gabriel dari Amerika Syarikat (AS) telah dinobatkan sebagai Miss Universe baharu pada malam Sabtu di New Orleans, Louisiana. Foto: Reuters

R’Bonney Gabriel dari AS dinobatkan Miss Universe baharu

ByBernama

WASHINGTON, 15 Jan: R’Bonney Gabriel dari Amerika Syarikat (AS) telah dinobatkan sebagai Miss Universe baharu pada malam Sabtu di New Orleans, Louisiana.

Gabriel memenangi pertandingan ratu cantik edisi ke-71 dan menewaskan peserta dari Venezuela dan Republik Dominican, masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga, lapor Sputnik.

R’Bonney Gabriel dimahkotakan oleh Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu dari India.

India yang diwakili Divita Rai turut melepasi peringkat 16 terbaik pada tahun ini.

Lima peserta teratas adalah dari AS, Venezuela, Republik Dominican, Puerto Rico, dan Curacao. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan