Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Tiong King Sing beramah mesra bersama para pengunjung, penjaja dan peniaga kecil ketika hadir pada sambutan pencahayaan Tahun Baharu Cina 2023 di Kuala Lumpur pada Khamis. Foto: Bernama

Tiong King Sing mohon tidak beri reaksi keterlaluan berhubung kemasukan pelancong dari China

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Jan: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing memohon rakyat Malaysia supaya tidak memberikan reaksi keterlaluan berhubung kemasukan pelancong China ke dalam negara.

Beliau berkata kerajaan sentiasa peka mengenai situasi semasa COVID-19 dalam negara, namun ketika ini, masih tiada keperluan untuk mengenakan sekatan, menambah baik prosedur operasi standard (SOP) atau kawalan khas terhadap pelancong China.

“Saya mohon rakyat jangan keterlaluan. Sekarang kita bukan cakap soal tidak boleh (masuk ke dalam negara) ataupun kita mahu (kenakan) kawalan khas ke atas pelancong China, saya rasa ini tidak adil.

“Walaupun begitu, kerajaan masih mengawal keselamatan negara, kita pantau (keadaan semasa),” katanya ketika ditemui selepas menghadiri sambutan pencahayaan Tahun Baharu Cina 2023 di Jalan Petaling di sini pada Khamis.

Bagaimanapun, beliau meminta rakyat Malaysia untuk terus mengutamakan kesihatan diri di samping menjaga SOP bagi mengekang penularan wabak COVID-19 khususnya apabila sektor pelancongan negara kini sudah mula kembali rancak.

Dalam pada itu, Tiong berkata kementeriannya mempunyai perancangan berbentuk pemasaran digital dan pendekatan secara konvensional bagi mempromosikan sektor pelancongan negara ke peringkat antarabangsa.

Beliau berkata usaha itu akan turut melibatkan agensi pelancongan tempatan bagi membantu menarik lebih ramai pelancong asing ke dalam negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan