Search
Close this search box.
Shahren Yusri dan Mohd Azmil Abd Shukor menunjukkan plak sebagai simbolik kerjasama antara CENTEXS Commercial dengan Datumcorp International Sdn Bhd pada sidang media di Kuching, hari ini. Foto: TVS.

Peranti pintar dihasilkan anak Sarawak dipasang di kondominium Datum Jelatek, Selangor

KUCHING, 13 Jan: Sistem peranti rumah yang dihasilkan oleh anak Sarawak akan dipasang di 500 unit kondominium Datum Jelatek di Selangor, hasil kerjasama CENTEXS Commercial dengan Datumcorp International Sdn Bhd.

Pengurus Besar CENTEXS Commercial, Shahren Yusri berkata pada asalnya, sistem peranti berkenaan akan digunakan di Sarawak terlebih dahulu, namun ia turut menarik minat pemaju perumahan di luar negeri.

“Kerjasama ini sekali gus membolehkan kondominium berkenaan menikmati konsep teknologi digital menggunakan arahan suara (voice command) untuk memberi arahan suara terhadap peranti,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Jelasnya, kerjasama dengan Datumcorp juga sejajar dengan manifestasi kepada dasar ekonomi digital Sarawak.

Justeru CENTEXS Cormercial katanya akan terus berusaha mengetengahkan produk-produk yang dihasilkan oleh usahawan tempatan untuk terus diketengahkan bukan sahaja bagi pasaran di Semenanjung Malaysia malah hingga ke peringkat global.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Datumcorp Mohd Azmil Abd Shukor berkata, kesemua unit kondominium terbabit akan menikmati konsep teknologi digital menggunakan suara bagi tujuan memberi arahan atau berinteraksi secara verbal dengan peranti melalui sambungan internet.

Katanya, pemasangan sistem tersebut secara tidak langsung akan menaik taraf sistem rumah pintar sedia ada selain turut memberikan nilai tambah kepada pembeli setiap unit kondominum tersebut.

“Ini adalah sangat baik untuk kita sebagai nilai tambah kepada pembeli-pembeli kerana kita tidak perlu untuk pecahkan dinding atau ubah suai struktur bangunan kerana peranti ini adalah sistem ‘plug and play’ dan ia sangat canggih,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found