Search
Close this search box.
Kontrak tersebut melibatkan pembinaan kilang cip bersepadu di Zon Perindustrian Bebas Sama Jaya, Kuching.

Kelington peroleh kontrak pembinaan bernilai RM170 juta di Sarawak

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 Jan: Anak syarikat milik penuh Kelington Group Bhd, Kelington Technologies Sdn Bhd, memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM170 juta di Kuching, Sarawak daripada pembekal penyelesaian semikonduktor mikro elektronik global.

Penyedia penyelesaian kejuruteraan bersepadu itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, kontrak tersebut melibatkan pembinaan kilang cip bersepadu di Zon Perindustrian Bebas Sama Jaya, Kuching.

Kerja-kerja kontrak itu termasuklah seni bina dan struktur, sivil, mekanikal dan elektrik dan utiliti proses lain berkaitan dengan kilang tersebut.

Tempoh kontrak adalah antara Januari 2023 dan Mac 2024 dan dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023 dan 31 Dis, 2024. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan