Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah menyempurnakan program bantuan makanan sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2023, di sini, hari ini.
Dato Sri Fatimah Abdullah hadir pada majlis penyerahan sumbangan oleh Pertubuhan Thing Sim Siang Tng Sarawak di sini hari ini. Foto TVS.

Sarawak sediakan bantuan makanan kepada golongan rentan

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 8 Jan: Kerajaan Sarawak menyediakan bantuan kepada golongan yang terputus bekalan makanan, kata Dato Sri Fatimah Abdullah.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti negeri berkata, ketika ini bantuan itu disediakan kepada golongan miskin di sekitar bandar raya ini bagi menyambut perayaan.

“Sekiranya memerlukan bantuan makanan, mereka hanya perlu datang ke pusat sokongan komuniti (CSSC) berhampiran kerana bantuan makanan disediakan termasuklah pada malam perayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada majlis penyerahan sumbangan kepada golongan memerlukan sempena Tahun Baharu Cina oleh Pertubuhan Thing Sim Siang Tng Sarawak di sini hari ini.

Menurut Fatimah, bantuan makanan itu merupakan kesinambungan inisiatif Kerajaan Sarawak di bawah Program Sejambak Kasih yang dilancarkan sebelum ini.

“Menerusi bantuan kerajaan, kita beri tambahan sumbangan kepada penerima bulanan termasuk angpau,” katanya.

Sementara itu, Fatimah berbangga dengan inisiatif pertubuhan berkenaan yang menyalurkan bantuan tanpa mengira kaum dan agama di sini.

“Saya kagum apabila melihat penerima sumbangan terdiri daripada pelbagai bangsa, bukan sahaja orang Cina yang akan meraikan Tahun Baharu Cina tetapi juga ada orang Melayu, India dan Iban.

“Mereka telah memberikan bantuan tidak mengira bangsa serta agama selama lebih dari 55 tahun,” katanya.

Beliau menambah, bantuan dari segi pendidikan turut disediakan pertubuhan itu kepada semua kaum sejajar dengan aspirasi Kerajaan Sarawak yang mementingkan aspek pendidikan.

Sementara itu, Fatimah turut memaklumkan CSSC Kuching yang diurus oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah memulakan operasinya namun belum secara sepenuhnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan