Search
Close this search box.
Datuk Seri Hajiji Noor bersama sebahagian daripada wakil rakyat DUN Sabah yang menyatakan sokongan kepada beliau hari ini. Foto TVS.

Hajiji dakwa miliki sokongan 44 ADUN, terus tadbir Sabah

KOTA KINABALU, 8 Jan: Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan kerajaan negeri yang dipimpinnya masih kuat kerana mempunyai sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

Ketua Menteri Sabah itu berkata, ketika ini beliau menerima sokongan daripada 44 ADUN.

“Sehubungan itu, kerajaan ini masih utuh dan akan terus mentadbir Sabah,” katanya pada sidang media di kediamannya di Sri Gaya hari ini.

Baca artikel berkaitan:

  1. Politik Sabah: Istana Seri Kinabalu terus jadi tumpuan media
  2. Kedudukan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah jadi tumpuan
  3. PM akan bertemu pemimpin Sabah selepas pulang dari Jakarta

Terdahulu, tinjauan mendapati beberapa kenderaan yang dipercayai membawa wakil rakyat Sabah memasuki kawasan kediaman Hajiji yang juga ADUN Sulaman sejak awal petang tadi.

Antara yang hadir termasuklah Datuk Christina Liew (ADUN Api – Api), Datuk Poon Fung Ming (ADUN Tanjung Papat), Datuk Ewon Benedick (ADUN Kadamaian), Phoong Jin Zhe (ADUN Luyang), Jennie Lasimbang (ADUN Kapayan), Tan Lee Fatt (ADUN LIKAS) dan Peto Galim yang merupakan ADUN Inanam.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Shahelmey Yahya yang juga Tanjung Keramat) serta Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Jasnih Daya yang merupakan ADUN Pantai Dalit.

Petugas media turut mengesan kehadiran Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri, Datuk James Ratib yang merupakan wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sugut dan Mohd. Arsad Bistari (ADUN Tempasuk).

Politik Sabah bergolak apabila Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar mengumumkan pendirian Barisan Nasional (BN) negeri itu yang tidak lagi menyokong kepimpinan Hajiji.

Selain itu, media melaporkan wujud gerakan oleh beberapa parti dalam kerajaan negeri untuk menggulingkan pentadbiran Hajiji yang dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) 2020. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan