Search
Close this search box.
Dr. Noraziela Morney (dari kiri), Dr. Ooi Choo Huck, Lukanisman, Awla Dris dan Rodiyah Sapiee menyantuni pesakit di Hospital Simunjan.

Pembinaan Hospital Simunjan baharu menjadi keutamaan

ByIzzah Kamilah Yunus

SIMUNJAN, 7 Jan: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima cadangan mengenai tapak pembinaan bagi Hospital Simunjan yang baharu.

Timbalan Menterinya, Lukanisman Awang Sauni berkata, cadangan tersebut diterima Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS).

“Berhubung projek ini kita mempunyai dua pilihan tapak tanah , cuma ia perlu disenaraikan dahulu dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Keutamaan akan diberikan kepada projek yang terdesak seperti di Hospital Simunjan ini,” katanya pada sidang media selepas Lawatan Kerja di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak dan Hospital Simunjan pada Sabtu.

Beliau berkata, JKNS telah mengemukakan 18 cadangan kepada pihak kementerian dan ia akan disenarai pendekkan.

“Kita menunggu keputusan yang positif setelah mesyuarat pemilihan berkenaan projek Rolling Plan keempat Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) diputuskan dalam beberapa bulan yang akan datang,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, Lukanisman menambah Jawatankuasa Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) meneliti akan penambahbaikan institusi kesihatan di Sarawak.

Usaha itu diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof  bagi memastikan pembangunan kesihatan yang lebih baik dapat dilaksanakan di Sarawak selari dengan hak di bawah MA63.

Hadir sama dalam lawatan kerja itu ialah Pengarah Hospital Simunjan, Dr. Noraziela Morney, Pengarah JKNS, Dr. Ooi Choo Huck, Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan