Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof bergambar bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Bahagian Sibu ketika menghadiri Majlis Makan Tengahari Bersama Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Sibu. Foto: TVS

Kebersamaan kunci kestabilan, perpaduan dalam pentadbiran kerajaan – TPM

SIBU, 6 Jan: Kestabilan dalam kepimpinan kerajaan perpaduan yang dibentuk pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sukar dicapai sekiranya tiada kesefahaman dan kebersamaan daripada semua komponen yang membentuk kerajaan itu sendiri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillaah Yusof berkata, ketidakstabilan dalam kerajaan itu akan menyebabkan kepincangan pentabiran yang sekali gus memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara akibat terhakisnya keyakinan pelabur untuk melabur di negara ini.

Katanya, pada PRU-15 lalu, wujudnya tren pilihan raya berdasarkan kumpulan kaum serta agama tertentu sehingga mengakibatkan tiada satupun parti yang bertanding memperoleh majoriti mudah membentuk kerajaan sekali gus mengakibatkan terbentuknya kerajaan perpaduan.

“Semua pihak juga perlu sentiasa bersama untuk memastikan kebersamaan yang terjalin dalam pembentukan kerajaan tersebut terus terjaga supaya negara kekal stabil dan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar,

“Cari titik kebersamaan dalam kalangan kita supaya kita akan dapat meneruskan budaya kehidupan yang bersatu hati dan bersatu padu dan saya yakin kalau kita dapat memainkan peranan ini kita akan dapat membantu juga semangat di Semenanjung itu untuk bersatu padu,

“Ia supaya pada akhirnya barulah kita dapat menfokuskan ke arah membangunkan negara kita melalui sudut ekonomi,” katanya ketika berucap pada majlis makan tengahari bersama Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Sibu, hari ini.

Fadilah dalam pada itu turut berharap semua pihak termasuk pemimpin masyarakat dapat memberikan sokongan seterusnya menterjemahkan semangat perpaduan di sarawak untuk dibawa dalam membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara yang bersatu padu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan