Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota Maritim Malaysia dan polis memeriksa bot penyelamat yang terdampar di pantai Trombol, Kuching pada Khamis. Foto: Maritim Malaysia.

Bot penyelamat terdampar di pantai Trombol dipercayai milik kapal kargo dari China

ByElani Rosllan

KUCHING, 6 Jan: Bot penyelamat yang terdampar di pantai Trombol, Telaga Air di sini dipercayai milik kapal kargo MV Lider Express dari China.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus berkata, kapal tersebut dilaporkan mengalami masalah teknikal semasa belayar di perairan Natuna, Indonesia.

“Pihak Maritim Malaysia masih menunggu pengesahan berkaitan perkara ini dari pihak yang terlibat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Maritim Malaysia, Sarawak telah menerima laporan mengenai penemuan sebuah bot penyelamat oleh penduduk kampung pada 4 Januari.

Petang semalam, Maritim Malaysia dan Polis Diraja Malaysia telah berusaha memindahkan bot penyelamat tersebut namun terpaksa ditangguh akibat cuaca kurang baik serta laut bergelora.

Operasi tersebut akan diteruskan hari ini.

“Bot tersebut akan dipindahkan ke kawasan berdekatan di Telaga Air untuk siasatan lanjut dari pihak Maritim Malaysia dan PDRM,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan