Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: BERNAMA

Subvarian Omicron XBB dikesan di Vietnam

ByBernama

HANOI, 5 Jan: Subvarian baharu Omicron yang dikenali sebagai XBB kini dikesan di Ho Chi Minh City, Vietnam, lapor Xinhua, memetik media tempatan pada Rabu.

Subvarian itu yang mula dilaporkan pada Disember tahun lalu itu hanya menyumbang sebahagian kecil kes, menurut pasukan penyelidik COVID-19 Hospital Ho Chi Minh City.

Pada separuh kedua 2022, kebanyakan kes di bandar raya itu melibatkan varian Omicron dan Delta, menurut Agensi Berita Vietnam.

Menurut laporan itu, situasi COVID-19 di Ho Chi Minh City masih terkawal sekali gus menunjukkan pentingnya peranan vaksin dalam melindungi kes yang teruk dan membantu mengurangkan risiko kematian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan