Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah ketika mengadakan lawatan di Taska Kerja Sedidik UNIMAS, Kota Samarahan hari ini.

Wujudkan Taska di tempat kerja, elak pekerja terpaksa berhenti

KOTA SAMARAHAN, 4 Jan: Sektor swasta dan awam di Sarawak disaran mewujudkan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di tempat kerja bagi mengelak pekerja yang berkualiti daripada terpaksa berhenti kerja berikutan kekangan masa serta masalah berkaitan penjagaan anak mereka.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sistem sokongan seperti itu sangat penting supaya ibu bapa akan dapat terus bekerja.

“Pada masa yang sama ibu bapa tidak lagi perlu bimbang mengenai isu keselamatan anak-anak kerana mereka boleh memantau keadaan Taska berkenaan dengan mudah disebabkan lokasinya yang hampir atau berada di kawasan tempat kerja masing-masing,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Taska Kerja Sedidik Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) hari ini.

Beliau berkata, penubuhan Taska di tempat kerja juga membantu meningkatkan produktiviti pekerja kerana mampu menghilangkan kerisauan apabila berjauhan dengan anak masih kecil yang diletakkan di bawah jagaan pusat asuhan.

“Kita sentiasa bersedia bagi membantu pihak yang terlibat untuk mewujudkan Taska di tempat kerja dari segi khidmat nasihat komponen-komponen yang perlu ada di sesebuah pusat asuhan,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat itu berkata, Kerajaan Sarawak sedang membuat rundingan untuk memberi sabsidi bantuan pembiayaan Taska kepada ibu bapa bermula tahun ini.

“Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga telah bersetuju memberi peruntukan sebanyak RM 2.5 juta  bagi menampung pembiayaan tersebut.

Bagaimanapun jelasnya, jumlah yang boleh disubsidikan oleh kerajaan masih dalam penilaian dan pembiayaan selebihnya akan dibayar ibu bapa sendiri.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan