Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Setiausaha Politik, di Jabatan Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman

Sarawak puji keputusan Kabinet serah kuasa bagi projek pembangunan

ByConnie Grace

KUCHING, 4 Jan: Kerajaan Sarawak menyambut baik keputusan kerajaan Persekutuan untuk menyerahkan kuasa autonomi meluluskan projek pembangunan bernilai bawah RM50 juta.

Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, ini sekali gus mengurangkan birokrasi dalam melaksanakan projek pembangunan di Borneo serta mempercepatkan projek yang dilaksanakan untuk rakyat.

“Ini adalah satu berita baik buat kita, kerana ia memudahkan kita untuk memulihkan dan merealisasikan keperluan rakyat,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, berdasarkan kepada semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa lebih dalam pembangunan yang dilaksanakan di kedua-dua negeri itu.

Tambahnya lagi, dalam jangka masa terdekat, keputusan ini membolehkan penekanan yang lebih besar terhadap pembangunan bersepadu, merapatkan jurang antara kawasan luar bandar dan bandar.

“Pada masa yang sama, kami juga mengharapkan pemulihan lebih banyak hak kepada Sarawak dan Sabah oleh kerajaan Persekutuan,

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas komitmennya untuk mengadakan mesyuarat bagi menyelesaikan tuntutan Sarawak bagi pembayaran geran khas kepada negeri-negeri Borneo di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan dan kami berharap hasil yang baik kepada Sarawak,” tambahnya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet hari ini mengumumkan bahawa kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk memberikan kuasa penuh kepada Sabah dan Sarawak bagi projek pembangunan bernilai di bawah RM50 juta.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan