Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Mesyuarat pertama MTPMA63 serta lawatan rasmi PM ke Sarawak, Februari ini

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 4 Jan: Mesyuarat pertama Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) dijadualkan pada Februari hadapan di sini sekali gus juga akan menjadi lawatan rasmi pertama Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof berkata kata sepakat berkenaan telah dicapai oleh Jemaah Menteri bertujuan untuk memperkasakan Platform Perundingan Tertinggi sebagai Platform Agenda Tindakan Pelaksanaan Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) melalui MTPMA63.

“Manakala bagi Jawatankuasa Teknikal MA63 yang dipengerusikan oleh saya sendiri akan melihat dan meneruskan perbincangan dengan semua agensi serta memuktamadkan semua perkara yang belum diputuskan untuk di bawa ke MTPMA63,” kata beliau menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Fadilliah, formula jumlah kenaikan pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak berasaskan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan akan dimuktamad dalam mesyuarat itu kelak.

Beliau menambah mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri nanti akan dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Sementara, Fadillah mendedahkan bagi perkara yang sudah dimuktamadkan merangkumi proses penyerahan kuasa kawal selia gas kepada kerajaan negeri Sabah selepas mendapat perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 27 Disember 2022. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan