Search
Close this search box.
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Foto: Warisan

MA63: Lulus projek bagi Sabah-Sarawak hingga RM50 juta, berita baik

KOTA KINABALU, 4 Jan: Penyerahan kuasa kepada pentadbiran Sabah dan Sarawak untuk keputusan meluluskan projek bernilai sehingga RM50 juta merupakan satu berita baik, kata Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Menurutnya, keputusan kabinet itu jelas menggambarkan komitmen kerajaan Persekutuan sekarang untuk memartabatkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Parti Warisan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Perdana Menteri terhadap impian penduduk Sabah yang sudah lama ingin melihat Perjanjian Malaysia 1963 dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media selepas Mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.

Pada sidang media itu, Anwar memberitahu perkara itu akan berkuat kuasa serta merta dan telah dipersetujui oleh Kementerian Kewangan dengan pelaksanaan projek perlu mematuhi peraturan serta kewangan yang ditetapkan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan