Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah menyampaikan bantuan EFS dan BIB

KPWK gesa ibu memohon bantuan EFS dan BIB

ByConnie Grace

KUCHING, 4 JAN: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) menggesa ibu yang mempunyai status “K” pada Kad Pengenalan untuk memohon bantuan Endowment Fund Sarawak (EFS) dan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) yang melahirkan anak bagi membantu keperluan golongan berkenaan selepas bersalin.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, bantuan tersebut bertujuan untuk membantu anak-anak Sarawak sebagai persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan.

“Endowment Fund Sarawak ini merupakan initiatif Kerajaan Sarawak dengan pemberian sebanyak RM1,000 dalam bentuk simpanan amanah kepada setiap kelahiran anak Sarawak manakala, RM450 untuk ibu yang baru bersalin,” katanya.

Fatimah berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Lawatan ke Wad Bersalin Hospital Umum Sarawak, di sini, pada Rabu.

Menurut Fatimah, bantuan berkenaan terbuka kepada semua anak Sarawak, sementara permohonan boleh dibuat menerusi pihak kementerian bersama rakan strategik di Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) dan Bank Islam di seluruh cawangan di negeri ini secara manual iaitu direkodkan terdapat 4.2 peratus permohonan itu dikeluarkan pada umur 18 tahun.

Beliau mendedahkan lagi semenjak pelaksanaan pada tahun 2019 sehingga Disember 2021, sebanyak 81, 926 Akaun EFS telah dibuka yang melibatkan peruntukan berjumlah RM81.9 juta manakala, bagi tahun 2022 (sehingga November) sebanyak 24,814 akaun telah dibuka melibatkan peruntukan sebanyak RM24.8 juta.

“Sementara Bantuan Ibu Bersalin (BIB) yang telah diperkenalkan pada tahun 2020, sehingga November 2022 seramai 38,808 orang ibu telah mendapat bantuan sebanyak RM450 secara one-off iaitu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM17.46 juta,” jelasnya.

Fatimah menyatakan permohonan EFS juga boleh dilakukan secara manual di seluruh 52 cawangan JPN di negeri ini.

“Manakala, bagi pemohon berada di luar Sarawak, permohonan boleh dibuat dengan mengeposkan semua dokumen yang diperlukan ke Bahagian Kelahiran, Kematian & Anak Angkat, Ibu Pejabat JPN Negeri Sarawak,” ujarnya.

Bagi BIB, kata Fatimah permohonan secara manual boleh dilakukan di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah, di seluruh Pejabat Daerah, Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sarawak atau Pejabat Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin, Bangunan Baitul Makmur 2 (Kuching sahaja).

“Kedua-dua permohonan juga boleh dilakukan secara atas talian (online) dengan memuat turun aplikasi iSarawakCare yang boleh didapati di Google Play Store atau Apple App Store,” jelasnya pemohon juga boleh melayari laman sesawang https://isarawakcare.sarawak.gov.my bagi maklumat lanjut.

Dato Sri Fatimah melawat ke Wad Bersalin di HUS dan menyampaikan bantuan EFS dan BIB kepada ibu yang baru bersalin. FOTO (Connie Grace, TVS)

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan