Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Seri meluangkan masa berjumpa para peniaga dalam lawatan beliau ke Bintangor semalam. Foto: TVS

Huang Tiong Sii santuni peniaga dan pengunjung Pasar Tamu Bintangor

BINTANGOR, 4 Jan: Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Huang Tiong Sii menyantuni pengunjung dan peniaga pasar tamu Bintangor, semalam, bagi menghargai sokongan mereka ke atas Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Pilihan Raya Umum (PRU-15) lalu.

Lawatan lebih sejam itu  turut diiringi Pegawai Daerah Meradong, Badjuri Bidin dan Setiausaha Majlis Daerah Meradong Dan Julau (MDMJ), Wan Mohammad Wan Badhi.

“Ini merupakan lawatan pertama saya ke sini selepas menang di kerusi Parlimen Sarikei pada PRU-15 lepas. Sehubungan itu, saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan.

“Sepanjang lawatan, saya berkesempatan meninjau sendiri masalah peniaga di pasar ini dan akan mengambil pendekatan yang sesuai sebagai langkah penyelesaian,” katanya kepada TVS.

Pasar Tamu Bintangor merupakan sebahagian inisiatif kerajaan untuk menyediakan ruang niaga yang lebih selesa kepada pengunjung dan peniaga yang menjalankan perniagaan di tapak itu.

Medan niaga yang beroperasi setiap hari itu turut  merangkumi ruang niaga berkonsepkan pasar terbuka seperti zon basah, kering, tempat menjamu selera, pasar minggu dan lain-lain lagi.

Pasar berkenaan bukan sahaja menjana pendapatan peniaga kecil tetapi juga menjadi destinasi tumpuan popular pengunjung sekali gus mempromosikan Bintangor sebagai pengeluar makanan Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan