Search
Close this search box.
Pemeriksaan suhu kesihatan masih dijalankan di sekolah masih dijalankan walaupun keadaan COVID-19 terkawal. Foto; TVS

COVID-19 bukan lagi kerisauan ibu bapa hantar anak ke sekolah

ByDiana Jayaseelan

Kuching, 3 Jan – Kebanyakan ibu bapa tidak lagi risau menghantar anak-anak mereka kembali ke sekolah hari iniĀ  berbanding dua tahun yang lalu memandangkan keadaan COVID-19 di negara ini dalam keadaan stabil dan terkawal.

Menurut Hamdin Morsidi, selain memesan anak-anak menjaga kesihatan diri, dia percaya pihak sekolah sudah peka dengan keselamatan anak-anak dengan memastikan penggunaan pelitup muka, cecair pembasmi kuman dan penjarakan sosial masih diamalkan.

ā€œBuat masa ini saya tiada masalah. Saya tidak risau kerana anak-anak dapat belajar dengan baik. Walaupun sekarang sudah ada varian baharu yang telah dikenal pasti, saya tidak begitu risau selagi penjarakan dan keselamatan diri dijaga dengan baik.ā€ katanya.

Noraida Sulaiman berkata, walaupun keadaan COVID-19 terkawal, semua pihak haruslah peka dengan perubahan situasi dari semasa ke semasa bagi mengelakkan pandemik COVID-19 dari berlaku lagi.

ā€œLangkah yang digunakan dahulu sememangnya elok jika diamalkan lagi ke hari ini seperti pemakaian pelitup muka dan cecair pembasmi kuman kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.ā€ kata Noraida.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 4,148 kes jangkitan varian BA.5.2 dan tiga kes jangkitan BF.7 telah dikesan di Malaysia sehingga 31 Disember lalu.

Beliau memaklumkan bahawa kementeriannya tidak mempunyai rancangan untuk menutup mana-mana sekolah selain daripada saranan KKM dan takwim pendidikan bagi persekolahan pada tahun ini yang mungkin menggangu operasi lain seperti kantin sekolah dan sebagainya.

Sesi persekolahan tahun ini merupakan sambungan sesi persekolahan ketiga tahun Ā 2022/2023. Sesi Ā persekolahan bagi kalendar akademik 2023/2024 pula akan bermula pada 20 Mac 2023 hingga 10 Mac 2024 bagi negeri Kumpulan B iaitu negeri Ā Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya manakala negeri-negeri di kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu akanĀ bermula pada 19 Mac 2023 hingga 9 Mac 2024. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan