Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Logo Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)

Nombor bil rujukan mandatori pembayaran cukai

ByBernama

PUTRAJAYA, 31 Dis: ‘Nombor Bil’ akan digunakan sebagai rujukan mandatori bagi urusan pembayaran semua jenis cukai langsung kecuali bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Duti Setem bermula esok (1 Jan 2023).

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dalam satu kenyataan memaklumkan maklumat berkenaan Nombor Bil boleh diperoleh mulai esok dengan melayari Portal MyTax menerusi https://mytax.hasil.gov.my/.

“Selepas melayari Portal MyTax itu, pengguna perlu klik Perkhidmatan ezHasil seterusnya klik e-Billing.

“(Ia) dinyatakan dalam notis taksiran atau anggaran dan surat-surat tuntutan bayaran yang dihantar oleh LHDN kepada pembayar cukai,” demikian menurut kenyataan itu.

LHDN memaklumkan bayaran boleh dibuat secara dalam talian atau melalui kaunter Pusat Bayaran LHDN dan bank-bank ejen.

“Bagi tujuan bayaran di kaunter dan bank-bank ejen, pembayar cukai perlu mencetak slip bayaran atau muat turun Nombor Bil yang diperlukan dengan mengimbas Kod QR pada slip bayaran berkenaan,” menurut kenyataan itu.

LHDN memberitahu dalam tempoh peralihan kepada penggunaan Nombor Bil, Nombor Pengenalan Cukai (TIN) atau Nombor Rujukan Cukai masih boleh digunakan dalam urusan pembayaran cukai langsung yang berkaitan hingga 30 Jun 2023. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan