Search
Close this search box.
Pengasas Tremendous Cafe Mohd Faizal Irman menunjukkan Anugerah Perdana Belia Negara 2022, Kategori Ikon Youth-Biz yang dimenanginya. Foto: TVS

Pengasas kedai cendol terima Anugerah Perdana Belia Negara

LIMBANG, 30 Dis: Niat murni seorang usahawan menyediakan peluang pekerjaan di restoran cendolnya, Tremendous Cafe akibat penularan COVID-19, diiktiraf Kementerian Belia dan Sukan.

Pengasas Tremendous Cafe Mohd Faizal Irman mengharumkan nama Sarawak apabila menerima Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2022, Kategori Ikon Youth-Biz pada 17 Disember lepas.

Anugerah disampaikan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Faizal berkata ketika banyak perniagaan terjejas dan membuang pekerja, beliau sebaliknya menyediakan pekerjaan kepada belia.

Ketika perusahaan lain terjejas akibat COVID-19, perniagaan Tremendous Cafe semakin berkembang malah menambah menu baharu.

“Saya terima (anugerah) sebagai satu pembakar semangat dan untuk saya meneruskan lagi perjuangan. Anugerah ini adalah satu pengiktirafan untuk orang Limbang dan Sarawak,” katanya ketika ditemui TVS di sini, hari ini.

“Selepas kejayaan menerima anugerah, Insya-Allah kami akan berusaha melangkah lebih jauh dengan membuka 100 cawangan di seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia,” tambahnya.

Tremendous Cafe yang beroperasi di Limbang dan Miri, mempunyai 16 orang kakitangan dan pernah mencapai rekod hasil jualan lebih RM1 juta pada 2019 dan 2020.

Selain menyediakan peluang pekerjaan, beliau turut menyediakan peluang perniagaan kepada usahawan wanita terdiri daripada golongan suri rumah dan ibu tunggal untuk menjana pendapatan dengan menjadi ejen Tremendous Cafe.

“Saya komited berkongsi ilmu perniagaan yang diceburi sejak 2014 sehingga mereka mampu menjana pendapatan ribuan ringgit semasa pandemik,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan