Search
Close this search box.
Wilson merakam kenangan ketika lawatan ke APM Sarawak. Foto: Aziz Soleh (TVS)

Pedalaman Sarawak perlu 30 Ambulans jenis 4WD

ByYusuf Shukri

KUCHING, 29 Dis: Sarawak memerlukan sebanyak 30 buah Ambulans jenis pacuan empat roda (4WD) bagi menyampaikan  perkhidmatan kecemasan kepada penduduk pedalaman.

Keperluan terhadap aset berkenaan menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Wilson Ugak Kumbong bertujuan untuk memudahkan perkhidmatan kecemasan disalurkan terutama ketika bencana banjir melanda negeri ini.

Wilson memberitahu aset berkenaan diyakini akan menambah kecekapan perkhidmatan pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di seluruh negeri ini susulan didengari keluhan masyarakat di kawasan pedalaman serta anggota APM yang sukar untuk memberikan perkhidmatan dengan baik berikutan kekurangan aset tersebut.

“Bentuk muka bumi di Sarawak ini lain, seperti di Long Busang dan di Baram, Ambulans biasa mungkin tidak sesuai digunakan,

“Saya akan mencadangkan perkara ini kepada menteri yang berkenaan supaya ia dapat dilaksanakan dengan serta-merta, terutama sekali pada musim cuaca yang tidak menentu ini,” jelasnya.

Wilson berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan rasmi di pejabat APM Sarawak di Bangunan Sultan Iskandar, di sini, hari ini.

Pada perkembangan sama, Wilson mendedahkan APM kini dalam nada siap siaga untuk menyalurkan bantuan di kesemua kawasan panas di Sarawak susulan ramalan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) banjir dijangka melanda Januari 2023.

“Saya berharap agensi-agensi penyampai maklumat, seperti Jabatan Penerangan sentiasa menyiarkan maklumat mengenai keadaan angin dan sebagainya agar orang ramai peka dengan perkembangan cuaca,” katanya lagi.

Selain itu kata Wilson, perkhidmatan sedemikian akan membuatkan penduduk kampung bersedia serta mereka mempunyai masa untuk membuat persiapan menghadapi banjir.

“Kita juga boleh menyelaraskan perkhidmatan ketika bencana di Sarawak,” tambah Wilson.

Terdahulu, Ahli Parlimen (MP) P.214 Hulu Rajang itu juga memohon peruntukan untuk membina sebuah dewan bagi tujuan latihan anggota APM Sarawak untuk memperkasakan lagi kemahiran menyelamatkan mangsa bencana di negeri ini.

Turut hadir Pengarah APM Negeri Sarawak Penolong Pesuruhjaya (PA), Abdul Wahab Rahim. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan