Search
Close this search box.
Foto: Bernama.

Zahid yakin perjanjian persefahaman kerjasama antara gabungan politik mampu bertahan

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin perjanjian persefahaman kerjasama antara gabungan parti politik dalam Kerajaan Perpaduan baru-baru ini mampu bertahan untuk tempoh jangka panjang.

Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata pihaknya bersetuju dengan perjanjian itu ketika perundingan kerana ia memiliki elemen mempertahan agama Islam, hak keistimewaan Orang Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Beliau berkata ketika rundingan dilakukan dengan Pakatan Harapan (PH), elemen itu menjadi tajuk utama BN yang ingin memastikan bahawa perkara berkenaan tidak boleh dipertikai malah harus dipatuhi.

“Apabila perjanjian itu ditandatangani oleh pelbagai pihak, perkara itu juga tidak pernah dikompromi malah dijadikan sebagai antara asas pertama kepada perjanjian itu bukan sahaja untuk waktu ini tetapi untuk jangka panjang,” katanya dalam program wawancara khas ‘Jawab, Saya Tanya!’ bertajuk Rekonsiliasi Politik: Apa Untung Pada Negara? yang bersiaran secara langsung di laman Facebook dan YouTube terbitan NRChannel TV malam ini.

Pada 16 Dis lepas, lima gabungan politik utama iaitu PH, BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (Warisan) menandatangani perjanjian persefahaman kerjasama di Putrajaya bagi membentuk Kerajaan Perpaduan.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Setiausaha Agung GRS Datuk Masidi Manjun, Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Setiausaha Agung Warisan Datuk Loretto Padua Jr dengan disaksikan oleh semua pengerusi gabungan terbabit. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan