Search
Close this search box.
Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh berbual sesuatu dengan mangsa banjir di Kuala Nerus, hari ini. Foto: Bernama

Tiada tempoh masa gantian dokumen bagi mangsa banjir – JPN

ByBernama

KUALA NERUS, 28 Dis: Tiada tempoh masa ditetapkan atau laporan polis diperlukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mangsa banjir memohon penggantian dan pembaharuan dokumen peribadi seperti kad pengenalan dan sijil kelahiran secara percuma.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh, berkata mangsa banjir tidak perlu tergesa-gesa untuk membuat penggantian dan pembaharuan dokumen sekiranya perlu menyelesaikan urusan peribadi yang lebih penting.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan supaya mempercepatkan proses permohonan penggantian atau pembaharuan dokumen bagi melancarkan urusan seperti pembukaan sesi persekolahan dan perbankan yang memerlukan penggunaan dokumen berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dan menyampaikan sumbangan barangan kepada kakitangan JPN Terengganu yang terjejas banjir di Taman Desa Tanjung Damai, di sini, hari ini.

Bagi membantu mangsa banjir, Ruslin berkata pihaknya akan turun ke lokasi terkesan akibat banjir termasuk kawasan pedalaman bagi membolehkan mangsa membuat permohonan tanpa perlu ke pejabat JPN berdekatan.

“Selepas siap, kita akan hantar sendiri dokumen kepada mereka dalam tempoh tiga hingga lima hari,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak  6,853 kad pengenalan  gantian telah dikeluarkan oleh JPN atas pelbagai sebab termasuk bencana di seluruh negara bermula 1 Jan hingga semalam.

“Bagaimanapun jumlah ini dijangka akan terus meningkat kerana banjir di Terengganu baru habis, begitu juga di Kelantan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan