Search
Close this search box.
Dua kenderaan yang dirampas polis menerusi Ops Lejang di Kuching pada isnin. Foto: PDRM

Tiga suspek diberkas menerusi serbuan Ops Lejang

ByIqmal Firdaus

KUCHING, 27 Dis: Tiga lelaki diberkas dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Gersik di sini pada Isnin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superitenden Merbin Lisa berkata suspek berumur dalam lingkungan 30 hingga 37 tahun itu diberkas menerusi Ops Lejang.

Serbuan diketuai ASP Mohamad Nizam Bujang turut merampas sebuah kereta Proton Waja yang dilaporkan hilang pada 17 Disember 2022 dan sebuah motosikal Yamaha 125ZR yang dilaporkan hilang pada 25 Disember 2022.

Tiga suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah, katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Suspek-suspek direman di Mahkamah Majistret Kuching untuk siasatan lanjut dan mengenal pasti penglibatan mereka dalam kes lain yang dilaporkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan