Search
Close this search box.
Pengerusi Sibu Tower Run, Kaunselor Yii Souk Ming (dua kanan) bersama ahli-ahli jawatankuasa penganjur menunjukkan bahan promosi pada sidang media di Sibu, hari ini. Foto: Majlis Perbandaran Sibu

Juara dunia, Soh Wai Ching dijangka sertai Sibu Tower Run

SIBU, 27 Dis: Juara dunia dalam acara larian menara, Soh Wai Ching dijangka menyertai Sibu Tower Run (STR) 2023, Edisi Kelima di Wisma Sanyan pada 18 Mac 2023.

Pengerusi jawatankuasa penganjur, Kaunselor Yii Souk Ming berkata penyertaan Soh yang juga pelari menara kebangsaan akan menjadi pembakar semangat peserta lain pada acara yang menyasarkan lebih 500 penyertaan.

“Soh dijangka bertanding dalam kategori elit bagi mengekalkan kedudukannya sebagai pelari menara nombor satu dunia,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Anjuran Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dan Underground Runners Sibu (UGRS), STR memerlukan para peserta berlari menaiki 627 anak tangga bangunan setinggi 28 tingkat itu.

Beliau berharap lebih ramai lagi peserta menyertai larian ini sambil berhibur bersama-sama rakan dan keluarga mereka dengan memupuk gaya hidup sihat dengan merasai pengalaman menaiki anak tangga bangunan antara yang tertinggi di Sarawak.

Kali terakhir kejohanan ini diadakan ialah pada 8 Mac 2022 dengan penyertaan lebih 300 individu dari dalam dan luar negara termasuk Filipina, Singapura, United Kingdom, Jepun dan majoritinya peserta tempatan.

Pada STR 2020, Soh berjaya menamatkan lariannya dalam 2 minit 56 saat manakala 2 minit 58 saat pada STR 2019. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan