Search
Close this search box.
PPS Dewan Masyarakat Kampung Lutong, Sebuyau yang masih aktif setakat 7 malam, Selasa. Foto: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Banjir: Hanya satu PPS di Sebuyau masih beroperasi menempatkan tujuh penduduk terjejas

KUCHING, 27 Dis: Hanya tujuh mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir di Sarawak.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan, mangsa banjir berkenaan masih ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Kampung Lutong, Sebuyau setakat 7 malam ini.

PPS itu dibuka pada petang Isnin.

Satu PPS Dewan Kampung Koran, Mawang di Serian dibuka sejak 23 Disember bagi menempatkan 57 orang mangsa tanah runtuh.

Sementara itu, Bernama melaporkan di Sabah, mangsa banjir yang dipindahkan di Kota Belud kekal 135 orang daripada 56 keluarga dengan 62 individu daripada 26 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan dan 73 orang daripada 30 keluarga berlindung di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa.

Jumlah penduduk yang dipindahkan akibat fenomena air pasang besar sedikit berkurangan kepada 1,454 orang daripada 298 keluarga berbanding 1,471 orang daripada 303 keluarga petang tadi.

Mereka ditempatkan di sebuah PPS di Sandakan (688 orang daripada 121 keluarga) dan enam PPS di Pitas (766 orang daripada 177 keluarga). – TVS

Tags: Banjir, JPBN, pps

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan