Search
Close this search box.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa. Foto: Bernama

Anggota trafik jumpa lebih 100 kilogram ganja di tepi jalan

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 27 Dis: Pasukan penguat kuasa trafik menjalankan tugas ‘Snapcheck’ menemukan dadah jenis ganja seberat 102.83 kilogram dianggarkan bernilai lebih RM257,000 yang dtinggalkan di tepi jalan di kawasan Kampung Bukit Jong menghala ke Tol Plaza Gemuruh, di sini, Ahad Lalu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa, berkata empat anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu yang menjalankan ‘Snapcheck’ bermula 2.30 pagi hingga 4 pagi menemui dadah berkenaan.

“Semasa membuat rondaan di susur masuk menghala ke Plaza Tol Gemuruh dari arah Kuala Terengganu menuju Ke Kuantan, anggota tersebut telah menemui lima bungkusan plastik hitam dalam keadaan mencurigakan di atas tanah di tepi penghadang jalan.

“Hasil pemeriksaan mendapati setiap satu plastik hitam mengandungi 101 bungkus ketulan mampat tumbuhan kering yang disyaki dadah jenis ganja,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Rohaimi berkata beliau percaya dadah berkenaan ditinggalkan oleh suspek di tepi jalan sementara menunggu ‘snapcheck’ oleh polis trafik yang bertugas di kawasan berkenaan menamatkan tugas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan