Search
Close this search box.
PPS Dewan Masyarakat Kampung Lutong, Sebuyau yang dibuka petang Isnin akibat banjir menempatkan tujuh orang. - Foto: APMM

148 mangsa banjir dan tanah runtuh masih berada di PPS di Sarawak

KUCHING, 27 Dis: Jumlah individu yang masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) masih aktif di Sarawak kekal 148 orang setakat pukul 11 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan PPS Dewan Masyarakat Kampung Lutong, Sebuyau yang dibuka petang semalam akibat banjir menempatkan tujuh orang.

PPS Dewan Serbaguna Kampung Rimba Padi dibuka akibat banjir membabitkan 84 orang dan PPS Dewan Kampung Koran Mawang akibat tanah runtuh melibatkan 57 orang.

Dua PPS di Serian itu dibuka pada 23 Disember.

Sementara itu, Di Sabah, Bernama melaporkan mangsa banjir yang dipindahkan di Kota Belud juga kekal 135 daripada 56 keluarga dengan PPS di Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan menempatkan 62 mangsa daripada 26 keluarga dan Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa menempatkan 73 mangsa daripada 30 keluarga.

Jumlah penduduk di pesisir pantai terutama yang tinggal di rumah atas air dipindahkan ke PPS Sandakan dan Pitas akibat fenomena air pasang besar juga kekal 1,454 mangsa daripada 299 keluarga. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan