Search
Close this search box.
APMM menahan bot tempatan dan Indonesia dikendalikan warga asing di perairan Pulau Pinang pada Khamis dan Sabtu lalu. Foto: APMM

11 nelayan asing kaut hasil perikanan negara dicekup APMM

GEORGE TOWN, 27 Dis: Tindakan 11 nelayan warga asing mengaut hasil perikanan negara mengundang padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menerusi serbuan ke atas dua bot baru-baru ini.

Operasi itu membabitkan penahanan satu bot tempatan yang dikendalikan nelayan warga asing dan satu bot nelayan Indonesia menerusi Op Tanjung pada Khamis dan Sabtu lalu.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kapten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, pihaknya menahan bot tempatan berpangkalan di Pulau Pangkor, Perak pada pukul 4.17 petang pada Khamis di kedudukan 14 batu nautika barat daya Pulau Kendi dekat sini.

Katanya, terdapat lima kru pendatang asing tanpa izin (PATI) di atas bot iaitu tiga warga Myanmar dan dua warga Thailand berusia 19 hingga 52 tahun yang tidak memiliki permit bekerja.

“Satu lagi bot nelayan asing yang berpangkalan di Belawan, Indonesia ditahan pada kedudukan 52 batu nautika barat daya Pulau Kendi pada pukul 12.10 tengah hari, Sabtu.

“APMM turut menahan enam kru warga Indonesia berusia 24 hingga 42 tahun yang tiada dokumen pengenalan diri dan permit menangkap ikan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah Abd. Razak, kesemua tangkapan bersama bot berkenaan dibawa ke Jeti Limbongan Batu Maung di sini bagi siasatan lanjut.

“APMM tidak akan berkompromi dan menegaskan agar semua komuniti nelayan tempatan termasuk pemilik bot mematuhi peraturan ditetapkan.

“Ia bagi memastikan perairan negara sentiasa terkawal daripada isu pencerobohan bot asing,” katanya lagi.

Kes berkenaan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan