Search
Close this search box.
Rumah yang musnah akibat fenomena air pasang besar di Kampung Forest. Foto: TVS

Rumah roboh: Lebih 600 orang terjejas insiden di Kampung Forest

SANDAKAN, 26 Dis : Bilangan mangsa rumah roboh akibat fenomena air pasang besar di Kampung Forest di sini meningkat kepada 684 orang setakat petang ini.

PPS SK Sungai Anib 2 di Sandakan yang menempatkan seramai 684 mangsa terjejas. Foto: TVS

Peningkatan bilangan mangsa disebabkan terdapat 38 rumah lagi di kampung itu roboh dipukul ombak besar pada malam semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata secara keseluruhan, 108 rumah telah terjejas masuk hari kedua fenomena air pasang besar berlaku di daerah ini.

“Ia sekali gus menyebabkan peningkatan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Anib 2 kepada 684 orang meliputi 112 Ketua Isi Rumah (KIR).

“Ia (meningkat) berbanding 63 KIR dengan 376 mangsa pada hari pertama kejadian fenomena air pasang besar berlaku pada malam Sabtu,” katanya kepada pemberita di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di Kampung Forest, hari ini.

Menurut beliau, kerjasama berterusan daripada penduduk pesisir pantai amat diperlukan berikutan fenomena air pasang besar dijangka berlaku pada malam ini dengan jangkaan bacaan air pasang setinggi 2.7 meter.

“Petugas barisan pasukan hadapan amat berharap agar penduduk yang berada di pesisir pantai terus patuh dengan arahan untuk mengosong dan meninggalkan rumah sekiranya perlu.

“Sepertimana semalam juga, kita telah menyediakan beberapa kenderaan dan juga pegawai serta anggota untuk memindahkan lebih awal penduduk yang berada di perumahan pesisir pantai ke kawasan lebih selamat,” jelasnya.

Abdul Fuad berkata, seramai 70 anggota pelbagai agensi dikerahkan untuk memantau beberapa perkampungan pesisir pantai yang terlibat fenomena air pasang besar selain menasihati penduduk untuk berpindah lebih awal.

Manakala, di PKOB Kampung Forest dikawal dan dipantau oleh 11 pegawai dan 96 anggota pelbagai agensi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan