Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19: Jumlah kes seminggu susut 19 peratus; kes aktif berbaki 14,382

Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 17 Dis hingga pukul 11:59mlm 23 Dis 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 5.02 juta kes. Di peringkat global, lebih 661 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.68 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 633 juta.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah.

 

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) — Kes harian baharu COVID-19 negara kekal tiga angka sepanjang minggu ini (17-23 Dis 2022) dengan jumlah kes susut 19  peratus kepada 6,121 kes berbanding 7,571 kes untuk tempoh yang sama minggu lepas.

Sebanyak 902 kes harian baharu dilaporkan semalam (23 Disember) termasuk enam (6) kes kematian dan lima (5) kes import.

Jumlah kumulatif kes COVID-19 negara menurut data KKMNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat pukul 11:59mlm 23 Dis 2022 adalah sebanyak 5,022,144 kes.  Kes aktif menurun kepada 14,382 dan 94.3 peratus (13,562 kes) daripada jumlah itu menjalani kuarantin di rumah.

Untuk pecahan kes mengikut negeri, daripada 902 kes, Selangor mendahului dengan 365 kes.

Tiga belas negeri mencatat kes dua angka iaitu WP Kuala Lumpur (91), Sarawak (76), Pulau Pinang (53), Kedah (48), Melaka (46), Perak (42), Negeri Sembilan (39), WP Putrajaya (34),Sabah (29), Pahang (24), Johor (23), Kelantan (16) dan Terengganu (10).

Kes satu angka dilaporkan di WP Labuan (4) dan Perlis (2).

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 17 Dis hingga 23 Dis  2022:-

17 Dis (993), 18 Dis (847), 19 Dis (721), 20 Dis (816), 21 Dis (984), 22 Dis (858) dan 23 Dis (902).

Kes baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 10 Dis hingga 16 Dis  2022:-

10 Dis (1,315), 11 Dis (867), 12 Dis (809), 13 Dis (1,040), 14 Dis (1,241), 15 Dis (1,161) dan 16 Dis (1,138).

Kes harian COVID-19 di negara jiran Singapura untuk tempoh 17 Dis hingga 22 Dis 2022, seperti berikut:-

17 Dis (1,052), 18 Dis (838), 19 Dis (708), 20 Dis (1,540), 21 Dis (1,093, 22 Dis (1,200) dan 23 Dis (1,073).

Dengan sebanyak 5,022,144 kumulatif kes COVID-19, Malaysia kini menduduki tangga 27 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Ukraine (5,350,380) dan Greece (5,548,058).

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun mencatat kes harian baharu tertinggi (173,336) diikuti oleh Brazil (70,4150 dan Korea Selatan (68,168).

Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,115,913 kes.

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA

Data KKMNOW setakat pukul 11:59mlm 23 Dis 2022 menunjukkan 13,562 kes (94.3 peratus) daripada 14,382 kes aktif COVID-19 dikuarantin di rumah.

Sifar ​​​(0) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 776 kes (5.4 peratus) di hospital; 13 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 31 kes (0.2 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19 , iaitu

Tahap 1 – Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 – Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 – Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 – Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 – Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).

 

Kes sembuh:-

17 Dis (1,460), 18 Dis (1,154), 19 Dis (914), 20 Dis (940), 21 Dis (1,534, 22 Dis (1,119) dan 23 Dis

(1,104).

* kes kumulatif sembuh setakat pukul 11:59mlm 23 Dis 2022 sebanyak 4,970,932.

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

17 Dis (16,049), 18 Dis (15,736), 19 Dis (15,541), 20 Dis (15,411), 21 Dis (14,854), 22 Dis

(14,590) dan 23 Dis (14,382).

Perincian kes harian baharu (902 kes) :-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 23 Dis 2022

* (+kes import)

Kes tiga angka – Selangor 365 (+0).

Kes dua angka – WP Kuala Lumpur 89 (+2), Sarawak 75 (+1), Pulau Pinang 53 (+0), Kedah 48 (+0),

Melaka 45 (+1), Perak 42 (+0), Negeri Sembilan 38 (+1), WP Putrajaya 34 (+0), Sabah 29 (+0),

Pahang 24 (+0), Johor 23 (+0), Kelantan 16 (+0) dan Terengganu 10 (+0).

Kes satu angka – WP Labuan 4 (+0) dan Perlis 2 (+0).

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

17 Dis –   Kes baharu  993; Kumulatif kes  5,017,016; Kes import 2

18 Dis –   Kes baharu  847; Kumulatif kes  5,017,863; Kes import 2

19 Dis –   Kes baharu  721; Kumulatif kes  5,018,584; Kes import 3

20 Dis –   Kes baharu  816; Kumulatif kes  5,019,400; Kes import 1

21 Dis –   Kes baharu  984; Kumulatif kes  5,020,384; Kes import 2

22 Dis –   Kes baharu  858; Kumulatif kes  5,021,242; Kes import 1

23 Dis –   Kes baharu  902; Kumulatif kes  5,022,144; Kes import 5

 

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik

hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

17 Dis – 5 (BID 3), 18 Dis – 6 (BID 0), 19 Dis – 2 (BID 0), 20 Dis – 6 (BID 1), 21 Dis – 7 (BID 1), 22

Dis – 3 (BID 0) dan 23 Dis – 6 (BID 3).

*Jumlah kes kematian setakat pukul 11:59mlm 23 Dis 2022 sebanyak 36,830.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 661,071,083 kes berbanding 657,025,803 kes minggu lalu dengan 6,684,234 kes kematian (jumlah kes kematian minggu lalu sebanyak 6,669,804 kes).

Sebanyak 633,855,427 kes sembuh dilaporkan berbanding 631,071,466 kes sembuh minggu sebelumnya.

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis,  Jerman, Brazil, Korea Selatan, Jepun, Itali, United Kingdom dan Rusia.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

*Tiada maklumat (NA).

 

Amerika Syarikat 102,203,321 (+29,424)

India 44,678,008 (+188)

Perancis 39,119,013 +(43,766)

Jerman 37,177,845 (NA)

Brazil 36,150,842 (+70,415)

Korea Selatan 28,534,558 (+68,168)

Jepun 27,939,118 (+173,336)

Itali 25,021,606 (NA)

United Kingdom 24,135,084 (NA)

Rusia 21,750,711 (+7,409)

 

Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif

COVID-19 dan (+kes harian baharu):-*Tiada maklumat (NA).

Vietnam di tangga 13         – 11,524,093 (+312)

Indonesia di tangga 20      –  6,714,802 (+923)

Malaysia di tangga 27        – 5,022,144 (+902)

Thailand di tangga 31        – 4,718,908 (NA)

Filipina di tangga 37          – 4,060,236 (+850)

Singapura di tangga 45     – 2,194,963 (+1,073)

Myanmar di tangga 83       – 633,599 (+9)

Brunei di tangga 110          – 261,440 (NA)

Laos di tangga 113             – 217,611 (+25)

Kampuchea di tangga 125 – 138,484 (+17)

————————————————————————-

LATAR BELAKANG COVID-19

— Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. – Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

— WHO memberi nama rasmi virus “2019-nCoV” iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

— WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

— Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

– Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117),  Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

– WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

– Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

– Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

– WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

– Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

– Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

– 1 April 2022 – Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy”  untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

– 1 Mei 2022 – beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

– Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan