Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot. Foto: TVS

Empat kertas siasatan kes penipuan dalam talian di buka melibatkan kerugian RM296,037 di Limbang tahun ini

LIMBANG, 23 Dis: Sebanyak empat kertas siasatan berhubung kes penipuan pelaburan tidak wujud dalam  talian telah dibuka tahun ini  di Limbang melibatkan kerugian sebanyak RM 296,037, berbanding tiga kes pada  2021.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot berkata kes penipuan pelaburan tidak wujud dalam  talian telah dikesan menunjukkan peningkatan berdasarkan rekod sehingga bulan Disember tahun ini.

Beliau memberitahu terbaharu seorang pembantu kedai turut mengalami  kerugian sebanyak  RM 209,917 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian di Limbang.

“Mangsa seorang wanita berusia 21 tahun terperdaya  dengan satu pautan TAT Trade dengan slogan Mudah Untung Tiada Risiko dalam tulisan Cina di aplikasi Instagram.

“Mangsa kemudiannya tertarik untuk mengetahui lebih lanjut dan mengklik pada pautan tersebut selepas melihat aplikasi iklan sebuah bank menunjukkan jumlah wang yang banyak  dan terdapat pautan dalam aplikasi tersebut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Parum memberitahu mangsa  telah memilih  tawaran pelaburan pakej silver, modal permulaan RM 1,000 dijanjikan pulangan bersama keuntungan sebanyak RM24,500 dalam tempoh masa 24 jam dimasukkan ke dalam akaun bank mangsa.

“Mangsa telah membuat sebanyak 36 transaksi ke lapan akaun bank dan pemilik akaun yang berbeza berjumlah RM209,917 untuk modal pelaburan dan lain-lain bayaran yang diminta,” jelasnya lagi.

Beliau memberitahu pelbagai inisiatif pembanterasan dan pencegahan sentiasa dilaksanakan oleh pihak Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis (IPD) Limbang.

Kata beliau orang ramai boleh membuat semakan nombor telefon dan akaun bank suspek melalui Check Scammers CCID atau melalui laman web http://semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi kewangan.

Mereka juga boleh melayari Facebook Rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak untuk mendapatkan maklumat modus operandi terkini penipuan.

Oleh itu, orang ramai yang ingin mendapatkan nasihat mahupun menyalurkan maklumat berkenaan kes-kes jenayah komersil boleh berhubung dengan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil  IPD Limbang melalui talian 085-211466. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan