Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota pasukan penyelamat melakukan aktiviti mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Batang Kali. Foto: Bernama

Tanah runtuh: Satu lagi mayat ditemukan, angka korban kini 26

ByBernama

BATANG KALI, 21 Dis: Satu lagi mayat mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di sini ditemukan hari ini, menjadikan jumlah kematian akibat tragedi itu kini adalah 26.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam kenyataan di laman Facebook yang memetik sumber Pusat Pengurusan Operasi JBPM berkata, satu mayat lelaki dewasa ditemukan jam 11.16 pagi di sektor B (kem Farmview).

Kenderaan yang membawa mayat itu dilihat keluar dari lokasi pencarian pada kira-kira jam 11.57 pagi.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah mangsa yang masih hilang adalah tujuh, manakala 61 selamat, daripada keseluruhan 94 mangsa insiden itu yang berlaku pada jam 2.42 pagi, Jumaat lepas.

JBPM hari ini memaklumkan pasukan mencari dan penyelamat akan membuat penggalian lebih dalam bagi mencari mangsa di kawasan kejadian selepas mengambil kira penemuan mangsa ke-25 semalam yang dijumpai pada kedalaman ‘luar jangkaan’ iaitu kira-kira 17 meter di sektor C (Riverside). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan