Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merakam kenangan ketika lawatan ke Jepun hari ini

Sarawak akan menjadi pangkalan operasi terbesar Taiyo Yuden

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 21 Dis: Sarawak akan menjadi pangkalan operasi terbesar untuk syarikat Taiyo Yuden Co Ltd selepas syarikat dari Jepun itu meneruskan pengembangan operasi pengeluaranya di negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata keputusan itu memberi gambaran keyakinan syarikat dari Jepun itu terhadap kestabilan kerajaan Sarawak.

“Kerajaan Sarawak menzahirkan penghargaan terima kasih kepada Taiyo Yuden atas pelaburan semula yang besar di Sarawak, walaupun dalam tempoh ketidaktentuan ekonomi global dan ketegangan geopolitik ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Awang Tengah berkata demikian selepas lawatan rasmi ke Jepun bagi mengadakan pertemuan dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Taiyo Yuden Co. , Ltd , Shoichi Tosaka di kilangnya di Niigata, Jepun.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan berkata peluang ini juga akan menjadikan Sarawak sebagai pangkalan pembuatan global terbesar dengan operasi termasuk Jepun, Korea Selatan dan China dalam memperluaskan kemudahan pembuatan kapasitor seramik pelbagai lapisan di Kuching.

Dalam pada itu Awang Tengah berkata, kerajaan Sarawak akan memberi kerjasama dengan penuh komitmen bagi tujuan pembesaran operasi mereka untuk memastikan projek yang dihasratkan dapat dilaksanakan dengan jayanya di negeri ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan