Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suasana orang ramai yang berkunjung ke sebuah pusat beli-belah di Kuching, hari ini. Foto: Regina Lee

Persiapan akhir Krismas, pusat beli-belah jadi tumpuan

KUCHING, 21 Dis: Berbaki beberapa hari lagi Hari Krismas tiba, pusat beli-belah menjadi tumpuan orang ramai terutama penganut Kristian untuk membeli keperluan sebagai persiapan akhir meraikan perayaan itu.

Tinjauan TVS di salah sebuah pusat beli-belah di bandar raya ini mendapati antara persiapan yang dilakukan oleh orang ramai termasuk membeli barang perhiasan, makanan dan pakaian baharu disamping bersiar-siar serta meluangkan masa dengan ahli keluarga tersayang.

Seorang pelajar UNIMAS, Bradley B. Charle ketika ditemui berkongsi kegembiraannya ekoran dapat menyambut perayaan Krismas kali ini kerana bakal menemui ahli keluarganya yang datang dari luar daerah Kuching.

“Memandangkan ini merupakan waktu yang sesuai untuk orang ramai mengambil cuti pendek, beberapa ahli keluarga saya akan datang melawat ke Kuching dan kami akan menyambut Hari Krismas bersama-sama.

“Saya akan menjemput mereka daripada lapangan terbang dan sudah sekian lama saya tidak melihat mereka,” katanya penuh teruja ketika ditemu bual TVS, hari ini.

Berlainan situasi pula bagi Alvin Liew yang mendedahkan Krismas kali ini dirainya secara ala kadar kerana sibuk menyiapkan diri untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Mac tahun hadapan.

Walau bagaimanapun, anak muda ini berharap perayaan ini disambut dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan Covid-19.

“Ramai berasa teruja kerana untuk tempoh dua tahun bersama pandemik Covid-19, kita seperti tidak dapat benar-benar meraikannya sehinggalah sekarang,

“Saya masih memakai pelitup muka walaupun ia kini tidak lagi mandatori kerana sudah menjadi kebiasaan,” tambahnya.

Sementara Roland Mambong yang berkunjung ke Kuching pula berkongsi perancangannya untuk pulang ke kampung halaman di Pakan, Sarikei pada esok hari, 22 Disember.

“Saya menunggu kedatangan anak-anak dari Kedah dan kemudiannya kami akan berangkat sama dari Kuching ke Pakan selepas itu,” ujarnya ketika ditemui TVS di Plaza Merdeka hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan