Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Bandar Kuching Selatan Dato Wee Hong Seng bercakap pada sidang media mengenai isu lesen penjaja Pasar Sungai Apong di Song Kheng Hai Hawker Center, Padungan selepas meninjau lokasi lukisan mural di kawasan tersebut. Foto: TVS

Penjaja di Pasar Sungai Apong harus berniaga sendiri, bukan melalui wakil

KUCHING, 21 Dis: Penjaja yang berniaga di Pasar Sungai Apong perlu menjalankan perniagaan mereka sendiri seperti yang termaktub dalam syarat lesen dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), bukannya melalui wakil atau individu lain.

Datuk Bandar Kuching Selatan Dato Wee Hong Seng berkata, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pemilik lesen berkenaan diberikan notis tunjuk sebab selain berdepan tindakan lesen penjaja mereka tidak diperbaharui.

Katanya perkara itu bukan sesuatu isu baharu dan ia sudah dilaksanakan oleh MBKS sejak 30 tahun lalu terhadap semua penjaja-penjaja yang menjalankan perniagaan di semua pasar di bawah seliaan majlis itu.

“Surat ini sebenarnya, telah ada dengan kita dan formatnya tidak pernah berubah dan tetap sama seperti 30 tahun yang lalu dan saya perlu memberitahu fakta sebenar mengikut apa-apa peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan kepada penjaja-penjaja di semua pasar di bawah seliaan MBKS,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mejawab kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan untuk menyelesaikan isu lesen penjaja di Pasar Sungai Apong yang telah diberikan lesen tidak berniaga ketika pemeriksaan dilakukan oleh pegawai penguat kuasa MBKS di kawasan pasar berkenaan.

Tegas Wee Hong Seng, setiap ruang niaga yang terdapat di pasar berkenaan dikhaskan untuk penjaja atau peniaga kecil dari golongan B40 serta mereka yang benar-benar memerlukan ruang niaga tebabit.

Oleh demikian katanya, ruangan tersebut tidak boleh diwariskan kepada ahli keluarga lain untuk meneruskan perniagaan mereka selain daripada penama asal dalam lesen yang dikeluarkan oleh MBKS.

Ia bagi memastikan semua peniaga dalam golongan B40 yang ingin berniaga di pasar terbabit mendapat peluang sama rata memandangkan kerajaan turut memberikan subsidi kepada pejaja yang berniaga di pasar berkenaan.

“Untuk berlaku adil, jika kamu boleh mengaji pekerja untuk berkerja di gerai kamu bermakna kamu bukan dalan golongan B40, jadi berikanlah peluang kepada orang lain yang memerlukannya kerana masih ramai di luar sana yang betul-betul memerlukan ruang niaga tersebut.

“Oleh yang demikian kita mesti melihat semua perkara yang merangkumi semua aspek-aspek bukannya daripada satu perspektif sahaja,” katanya.

Menurut Wee Hong Seng, penjaja akan diberikan tempoh 21 hari untuk membalas Notis Tidak Berniaga yang diberikan MBKS kepada mereka yang merangkumi tempoh tujuh hari bagi notis pertama dan masing-masing tempoh tujuh hari lagi bagi notis kedua dan ketiga.

Katanya, dalam tempoh berkenaan MBKS hanya mahukan penjaja terlibat untuk meneruskan perniagaan mereka dan jika mereka tidak dapat berbuat demikian mereka perlu menyatakan sebab dengan membalas notis yang telah diberikan kepada mereka menerusi saluran yang bersesuaian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan